awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW

Bernama
Bernama
10/01/2018
23:49 MYT
Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
Najib bergambar di pintu masuk makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah, pada Selasa, 9 Jan, 2018. Facebook Najib Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.
"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi (di Madinah).
"Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.
"Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut," katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak pada Rabu.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.
Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.
Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Facebook
#keluarga
#Madinah
#Makam Nabi
#Najib Razak
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan