awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib: Lawatan ke Gaza lancar, selamat & berjaya

Bernama
Bernama
22/01/2013
14:54 MYT
Najib: Lawatan ke Gaza lancar, selamat & berjaya
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.
Menulis ringkas menerusi laman Twitternya di @NajibRazak, malam ini, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Melalui tulisan yang dimuatnaik kira-kira dua jam lalu dan di 'retweet' oleh 532 orang itu, Najib yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.
"Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya," kata Najib.
Perdana Menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara.
Najib turut memuat naik gambar beliau bersama Ismail Haniyeh menerusi laman sosial facebook beliau dan mendapat hampir 10,000 'like' dalam tempoh sama.
Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan (waktu Malaysia 3.00 petang).
Topic Berkaitan
#Gaza
#Ismail Haniyeh
#Najib Razak
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan