Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu meluahkan rasa yang terbuku di hatinya kepada rakyat Malaysia dengan menjelaskan apa yang dilakukan olehnya selama ini adalah untuk memberikan yang terbaik kepada setiap rakyat di negara ini.
Dalam video terbaharu yang dimuat naik di laman YouTube bertajuk 'Dari Hati ke Hati', Najib dengan tenang dan rendah diri turut meminta rakyat memahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus terhadap beliau.
"Saya ingin bertutur secara terang kepada rakyat Malaysia, saya ingin menyatakan saya sudah berusaha sedaya upaya untuk semua rakyat.
"Saya sayangkan setiap rakyat Malaysia dan memikirkan tentang masa depan saudara-saudari," katanya dalam rakaman video berdurasi 2.48 saat itu.
Rakaman video berkenaan antara pendekatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu untuk mendekati rakyat melalui pautan media sosial, dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbaki enam hari lagi.
Antara mesej yang disampaikan Najib adalah hasratnya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima kemudahan kesihatan antara terbaik dan termurah di dunia.
"Dari bangku sekolah hingga ke menara gading, saya ingin rakyat Malaysia yang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa agar dapat mengubah nasib keluarga mereka dan sekiranya mereka tidak mampu, kita akan membantu mereka," katanya.
Najib berkata, sebagai perdana menteri, beliau juga mahu setiap rakyat mendapatkan pekerjaan dengan pelaksanaan projek perangsang ekonomi dan infra rakyat selain mempertingkatkan pendapatan para profesional melalui program pendidikan profesional yang dibiayai kerajaan.
"Saya turut ingin rakyat Malaysia memiliki rumah dan berusaha menyediakan rumah mampu milik supaya rakyat dapat membina keluarga yang bahagia.
"Sekiranya mereka berniaga, saya ingin setiap pengusaha mempunyai modal dan latihan agar perusahaan mereka berjaya," katanya.
Demi kepentingan agama Islam dan kekeluargaan, rakyat yang beragama Islam mahu dipastikan agar dapat mengerjakan ibadat di masjid yang indah serta mampu dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji serta setiap keluarga hidup dalam keadaan bahagia, aman dan harmoni.
Dalam rakaman video berkenaan, Najib juga mengakui sebagai manusia biasa, beliau mempunyai kelemahan namun bersedia menerima segala kritikan dengan hati terbuka serta berjanji untuk terus memperbaiki diri sebaik mungkin.
Namun, katanya, ada juga tuduhan yang melulu dan tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
"Saya dengan rendah diri meminta agar rakyat memahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus. Sesungguhnya saya mengabdikan diri saya kepada Allah SWT, berjuang demi agama, bangsa dan negara yang tercinta," katanya mengakhiri video berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Najib berkata, sebagai perdana menteri, beliau juga mahu setiap rakyat mendapatkan pekerjaan dengan pelaksanaan projek perangsang ekonomi dan infra rakyat. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Najib luah rasa hati, harapan pada rakyat Malaysia
Dalam video terbaharu yang dimuat naik di laman YouTube bertajuk 'Dari Hati ke Hati', Najib turut meminta rakyat memahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus terhadap beliau.