awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib masuk penjara, jadi muka hadapan akhbar Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2022
00:00 MYT
Najib masuk penjara, jadi muka hadapan akhbar Malaysia
Berita mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun menjadi tajuk utama kesemua akhbar tempatan pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Berita mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd menjadi tajuk utama kesemua akhbar tempatan pada Rabu.
Tajuk-tajuk utama dan juga gambar yang digunakan tidak jauh berbeza daripada segi suntingan akhbar masing-masing.
Antara yang menjadi perhatian ialah akhbar Berita Harian yang menjadikan Najib ke Penjara Kajang sebagai tajuk utama.
Kesemua akhbar juga menerbitkan tajuk utama dengan cetakan huruf yang tebal untuk berita itu diiringi gambar Najib hampir tiga perempat daripada halaman masing-masing.
The Star melaporkan: 'Najib goes to Jail. Harian Metro menulis 'Mahkamah tolak rayuan akhir, Najib ke penjara' sementara New Straits Times Press (NSTP) menerbitkan berita dengan tajuk utama 'Jail time'.
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib sekali gus menyaksikan perdana menteri keenam itu kecundang dalam rayuan akhirnya di peringkat tertinggi setelah empat tahun kes itu berlangsung.
Najib, 69, dihantar ke Penjara Kajang kira-kira 5.43 petang pada Selasa menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan polis dan tiba di penjara pada 6.47 petang.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#Perdana Menteri
#SRC International
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan