Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberi penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian terhadap dakwaan yang dilontarkan terhadapnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sekiranya Najib yakin semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan,” kata Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya hari ini.
Muhyiddin menggambarkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Najib pernah menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai serius memandangkan ia mampu mencalarkan kredibiliti pentadbiran kerajaan.
“Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.
"Isu ini juga menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam,” katanya lagi.
Pada Jumaat, akhbar WSJ dan Sarawak Report mengeluarkan laporan mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Laporan itu memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB.
Muhyiddin turut menggesa pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk bertindak segera bagi menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.
Muhyiddin dalam masa sama turut menyeru semua pihak untuk bertenang sementara siasatan terperinci dijalankan.
“Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.
“Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa,” tambahnya.
BACA: 'Najib, jangan lupa saman Tun M' - Blogger
BACA: 'Sumber kami kukuh, bukan siasatan berniat politik' - Wall Street Journal
BACA: 1MDB nafi pernah salur dana ke akaun milik Najib
Hakim Rahman
Sat Jul 04 2015
MUHYIDDIN: Tuduhan laporan WSJ amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.