Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengisytiharkan derma di dalam akaun peribadinya pada setiap akhir tahun kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri juga berhak mempunyai akaun peribadi tetapi perlu dilaporkan bakinya pada masa yang ditetapkan.
"Semua ada akaun peribadi tetapi apabila kita masuk duit di dalam akaun kita, pada akhir tahun ada baki kena lapor cukai pendapatan. Najib perlu isytihar akaun peribadi kepada LHDN. Tetapi kalau tidak ada laporan jadi satu kesalahan," katanya.
Tun Dr Mahathir berkata demikian semasa sidang media selepas menjadi penceramah jemputan khas pada Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini hari ini.
BACA: 'Saya tidak masuk wang derma ke akaun sendiri' - Tun M
Pada Ahad, Najib menegaskan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.
Jelas Najib, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO dan tidak pernah dipertikai oleh mana-mana pihak sebelum ini.
Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti sejak era Tun Dr Mahathir sendiri.
Dalam perkembangan berasingan, Pesta Minda Malaysia ke-11 merupakan anjuran Pergerakan Literasi Minda Malaysia (MMLM) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan perkembangan, minda dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur.
Pesta itu juga bermatlamat untuk memperkenalkan pelbagai teknik dan kemahiran yang merangsang dan mengukuhkan minda manusia.
Sesi bermula dengan demonstrasi pengiraan mental oleh pemenang pingat gangsa dalam kategori 'Mental Arithmetic Flash Anzan' di Memoriad World Mental Olympics 2012, West Wong.
Ia diikuti penyampaian mengenai topik 'Kuasa minda tidak terhad' oleh pengasas 'Memoriad World Mental Olympics' dari Turki, Melik Duyar sebelum Tun Dr Mahathir sendiri menyampaikan ceramahnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 10 2015
TUN M: 'Najib perlu isytihar akaun peribadi kepada LHDN' - Gambar Shahir Omar
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.