Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluahkan kesedihan atas berita kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi Twitter, Najib berkata Malaysia sedia membantu.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines turut mendoakan untuk ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501.


Hashtag #PrayForQZ8501 terus trending, dan pemimpin-pemimpin negara turut simpati dengan berita ini:







Selebriti tanahair turut mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal: