awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib sembang santai tentang bola sepak, kerjaya dan MH17

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2016
09:45 MYT
Najib sembang santai tentang bola sepak, kerjaya dan MH17
Najib dan Grove bersembang santai sempena acara khas dalam penganjuran Persidangan Wild Digital 2016 di ibu negara. - Foto Bernama
Ketika pada kebanyakan masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai figura yang autoritatif, berpakaian segak dan sering bercakap dalam nada berbaur korporat, pemimpin negara itu menunjukkan sisi santainya di Persidangan Wild Digital 2016 di sini hari ini.
Acara dua hari yang dinobatkan sebagai persidangan digital terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan Najib sebagai tetamu sesi sembang Fireside Chat yang dihoskan Pengasas Bersama Kumpula Catcha dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Patrick Grove.
Acara tersebut dimulakan dengan Grove mempelawa Najib memakai baju hoodie yang direka khusus buat beliau, dan Perdana Menteri telah menyarungkannya dengan gembira.
Perbualan kemudiannya beralih kepada selera muzik Najib dan artis kegemaran serta kewujudannya dalam media sosial.
Dalam perbualan itu juga, Najib mengesahkan memiliki tempat duduk khas (dugout seat) yang pernah digunakan pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.
“Walau bagaimanapun, saya tidak akan mendedahkan di mana ia disimpan,” ujar Najib sambil ketawa kecil.
Grove juga bertanya bagaimana Najib berdepan dengan urusan seharian sebagai pemimpin nombor satu negara.
Suasana perbualan kemudiannya bertukar sayu apabila Najib bercerita tentang pengalamannya menguruskan isu melibatkan tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
“Sangat sukar untuk berurusan dengan keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi. Bagaimanapun, saya terus bertanya pada diri saya, apa yang saya boleh bantu mereka dalam apa cara sekalipun?
“Mungkin dengan memberikan mereka suatu penutup, ia dapat membantu mereka menguruskan kesedihan mereka. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk mengaktifkan rangkaian antarabangsa saya. Dari situlah saya dapat menghubungi Alexander Borodai (pemimpin pemberontak Rusia),” ujar Najib.
Beliau seterusnya mengimbas semula detik perbualannya dengan Borodai dalam usaha mendapatkan semula kotak hitam dalam tragedi besar tersebut.
Najib menamatkan sesi sembang itu dengan mengambil gambar selfie dengan Grove serta 450 peserta persidangan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Najiib sembang santai
#Patrik Grove
#Wild Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan