Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan sambutan Thaipusam oleh kira-kira 1.6 juta penganut agama Hindu dan pelancong asing di Batu Caves di sini, hari ini.
Perdana Menteri bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan Batu Caves pada 10.30 pagi disambut oleh pemimpin MIC termasuk Presidennya Datuk Seri G.Palanivel, pemimpin masyarakat setempat dan ketua-ketua agama Hindu.
Kelihatan lautan penganut Hindu yang antara mereka membawa kavadi, berkaki ayam dan bercukur rambut pada perayaan itu yang merupakan satu daripada acara rasmi kalendar pelancongan negara.
Mereka mengunjungi kuil Sri Subramaniyar Swamy bagi menyampaikan kesyukuran melaksanakan nazar atau menebus dosa masing-masing sempena perayaan Thaipusam.
Orang ramai dan pelancong asing turut menyaksikan keunikan perayaan itu.
Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia, semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil 'Thai' bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak lelaki bongsu Dewa Shiva dan Dewi Parvati.
Ia juga bagi memperingati peristiwa iaitu Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman serta mengembalikan kemakmuran manusia.
Di IPOH, lebih 10,000 penganut Hindu termasuk pelancong asing membanjiri Kuil Arul Subramaniar yang terletak di kawasan batu kapur Gunung Cheruh di sini, sejak petang semalam bagi menyambut perayaan itu.
Pelbagai aktiviti keagamaan penganut Hindu diadakan dengan meriah dan warna-warni termasuk perarakan patung Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil itu.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam turut berada di perkarangan kuil untuk meninjau suasana sambutan dan beramah mesra dengan penganut Hindu di situ.
Bernama
Tue Feb 03 2015
Perdana Menteri bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan Batu Caves untuk sambutan Thaipusam hari ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FCC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Pemerhatian itu memberikan pandangan baharu tentang kemampuan merawat diri sendiri dalam spesis tersebut, selain menggariskan persamaan antara manusia dan orang utan.
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Reformasi pendidikan: Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.