Pembelaan dalam kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan skandal penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya adalah dari syarikat itu.
Peguam Harvinderjit Singh berkata seorang saksi pendakwaan iaitu bekas Pengarah SRC International Datuk Suboh Md Yassin telah memberi keterangan bahawa beliau hanya mengikut arahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil untuk menandatangani cek bagi tujuan memindahkan wang itu ke akaun peribadi Najib.
Beliau berkata demikian semasa hujahan lisan di akhir kes pembelaan hari ini.
Harvinderjit juga berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dalam pindahan wang sebanyak RM42 juta yang didakwa milik SRC International ke akaunnya.
“Pendakwaan telah menukar asas pertuduhan mereka bahawa tertuduh telah memberikan tugasan untuk memasukkan wang RM42 juta milik SRC International ke dalam akaun peribadinya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bekas setiausaha sulit beliau Allahyarham Datuk Azlin Alias dan Nik Faisal.
Peguam itu turut berhujah bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang sebanyak RM42 juta namun pertuduhan itu tidak menyatakan konspirasi.
“Jadi apa yang berlaku ialah pendakwaan mengubah suai kes mereka. Mereka membina keseluruhan kes di sekeliling fakta itu, menjadikan ia berlainan daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dikenakan terhadap Najib,” katanya.
Harvinderjit juga berkata pendakwaan tidak boleh secara konklusif membuktikan bahawa anak guamnya mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 itu adalah daripada SRC International.
“Terdapat bukti bagi menyokong kepercayaan dan pengetahuan Najib bahawa wang dalam akaunnya, pada masa yang material, adalah sumbangan kepadanya oleh kerabat diraja Arab Saudi," katanya.
Beliau juga berkata bukti itu tidak menunjukkan kewujudan sebarang tindakan tertentu Najib yang membawa kepada atau menyebabkan transaksi RM42 juta tersebut, oleh itu tidak membuktikan sebarang penyelewengan dilakukan oleh bekas perdana menteri berkenaan.
“Ini bukan kes RM42 juta dalam akaun tertuduh. Jho Low memindahkan wang itu daripada SRC tanpa berada dalam syarikat tersebut. Anda tidak boleh menyatakan bahawa tertuduh melakukan jenayah itu dengan orang lain," kata peguam itu.
Hujah pembelaan dipecahkan kepada lima bab dan menyentuh mengenai kausa dan tujuan transaksi RM42 juta yang menjadi inti pati pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu, serta kepercayaan beliau bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi, antara lain.
Pembelaan akan menyambung hujah mereka di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali esok.
Najib berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng dana sebanyak RM42 juta milik SRC International yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana itu.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Ambank Group Building, No 55, Jalan Raja Chulan di sini serta Pejabat Perdana Menteri, Presinct 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari Mahkamah Tinggi selepas pendengaran hujahan lisan pada akhir kes pembelaan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.