KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah membertahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sekiranya beliau perdana menteri, beliau pasti akan mengambil tindakan apabila wang AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad's (1MDB) dipindahkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho or Jho Low.
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.
Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata apabila beliau mendapat tahu bahawa wang itu dipindahkan kepada Good Star Limited dan bukannya terus kepada PetroSaudi International (PSI), beliau telah bertanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, namun bekas perdana menteri itu hanya mendiamkan diri, dan tidak menunjukkan sebarang reaksi atau mengambil sebarang tindakan mengenainya.
"Sekiranya saya pemimpin tertinggi, pasti saya akan terperanjat dan saya akan mengambil tindakan, tapi dia relaks je," kata saksi itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Sebelum ini mahkamah diberitahu bahawa pada 30 Sept 2009, sebanyak AS$700 juta telah dipindahkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu.
"Datuk Seri Najib tidak bimbang dengan perkara itu. Saya jumpa dia beberapa kali, tapi tiada tindakan yang diambilnya," kata Ahmad Husni.
Muhammad Shafee: "Sebagai PM (Perdana Menteri) tanpa 'engagement' dengan syarikat itu, bagaimana dia nak ambil tindakan?"
Ahmad Husni: Dia boleh hubungi pihak pengurusan, boleh ketepikan mereka (pengurusan), tapi tiada tindakan juga, dia relaks je.
Muhammad Shafee kemudian berkata keterangan saksi itu bagaikan menghina perdana menteri ketika itu, namun Husni menafikannya.
Husni juga berkata segalanya dalam 1MDB adalah di bawah kuasa Najib, termasuk kelulusan untuk pelaburan.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Husni juga berkata segalanya dalam 1MDB adalah di bawah kuasa Najib, termasuk kelulusan untuk pelaburan. - Gambar fail

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Agenda AWANI: World Urban Forum (WUF11) | Rejuvenasi bandar, mesra rakyat
Bagaimana bandar sedia ada boleh melalui proses rejuvenasi untuk menambahbaik kemudahan sedia ada yang mampu memberikan impak positif dan persekitaran berkualiti kepada hidup rakyat?

BYDPA | Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat Sarjana.

Kebebasan Bersuara | Forum berkaitan kebebasan bersuara perlu diperbanyakkan
Ruang perbincangan tentang kebebasan bersuara perlu lebih diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia menghadapinya.
![[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha [TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975873/thumbnails/8967789641656505123885_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Ikuti pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M.

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/thumbnails/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.

Laporan asal audit dibentang kepada PAC jika tiada mesyuarat pada 24 Feb - Arul Kanda
Arul Kanda berkata Najib telah memberikan beberapa alasan kenapa beliau perlu menghadiri mesyuarat itu.

Mahkamah benarkan Arul Kanda jadi saksi pendakwaan kes laporan audit 1MDB
Hakim memutuskan perkara itu untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi berdasarkan Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib mempunyai kuasa buat keputusan 1MDB, kata Ahmad Husni
Ahmad Husni diminta oleh Najib untuk tidak masuk campur urusan penubuhan syarikat pelaburan 1MDB.

Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Deutsche Bank desak percepat pindah wang AS$1 bilion kerana Najib ingin buat kenyataan akhbar
Mahkamah Tinggi diberitahu Deutsche Bank (M) Berhad (DBMB) mendesak agar pindahan wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1MDB dipercepat kerana Najib mahu membuat sidang media usaha sama dengan PSI.

Wang AS$61 juta, GBP9.46 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Najib dikata menerima sejumlah AS$61 juta dan GBP9.46 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui pindahan wang luar negara daripada tiga syarikat.

1MDB gagal bayar pinjaman, kerajaan tanggung hutang AS$3 bilion - Saksi
Pinjaman diluluskan oleh kerajaan melalui surat sokongan yang ditandatangani Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan pada 2013.

'Saya hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula' - Saksi
Saksi itu berkata sewaktu beliau mengambil alih portfolio pelanggan 'AM Private Banking Division' daripada pegawai atasannya, beliau tidak diberitahu mengenai butiran pemilik akaun.

Arul Kanda 'dengan senang hati bersetuju' beri keterangan - Peguam
Arul Kanda bersedia untuk mempertahankan kenyataan yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes berkenaan berlangsung.