KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berkata "okey" kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 selepas pertemuan firma audit itu dengan 1MDB diadakan di kediaman bekas perdana menteri di Langgak Duta pada 15 Disember 2013.
Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir, 48, yang bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed juga berkata perkataan 'okey' tidak pernah disebut oleh Najib.
Azmi menjelaskan bahawa mesyuarat itu diadakan atas permintaan KPMG kerana firma audit itu bertegas untuk bertemu Najib kerana tidak berpuas hati dengan maklumat dan dokumentasi yang disediakan oleh pengurusan 1MDB bagi tujuan mengaudit pelaburan dana kekayaan Malaysia berjumlah AS$2.3 bilion di luar negara.
Saksi itu berkata bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan kongsi KPMG Ahmad Nasri Abdul Wahab dan ketika itulah permintaan tersebut dibuat, selepas juruaudit tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberikan syarikat itu, setakat ini.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Wan Aizuddin dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Wan Aizuddin: Apakah reaksi anda apabila mendengar permintaan KPMG?
Azmi: Saya terkejut. Saya tanya kenapa mereka nak berjumpa dengan perdana menteri? Mereka berkata mereka mahu mendengar daripada pemegang saham bahawa semuanya okey. Mereka berkata jika Najib berkata okey, maka mereka akan menandatangani (pada penyata kewangan 1MDB).
Wan Aizuddin: Anda berkata mereka (KPMG) kata, 'Jika PM kata okey, mereka akan tandatangan'. Jadi, anda akan bersetuju bahawa selepas pertemuan dengan Najib, dia tidak pernah berkata, "okey anda boleh tandatangan"? Azmi menjawab: "Kata-kata itu bukan dari dia".
Azmi juga berkata dia telah menyampaikan mesej itu (permintaan KPMG) kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa perbualannya dengan Ahmad Nasri.
Azmi: Jho Low berkata, kenapa, kenapa jumpa PM? Jadi saya cakap, mereka (KPMG) berkata jika mereka jumpa dan puas hati serta PM mengetahui dan ia okey, maka mereka akan tandatangan. Saya telah diberi tekanan oleh Jho Low, 'Semestinya, mereka akan tandatangan".
Peguam itu kemudiannya mempersoalkan mengapa Jho Low adalah orang pertama yang dihubungi Azmi berhubung permintaan KPMG untuk bertemu Najib, dan saksi itu berkata tiada seorang pun daripada mereka berurusan secara langsung dengan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan dalam hal ini, mereka percaya dia (Jho Low) adalah wakil (PM).
Bernama
Wed Apr 20 2022
Bekas CFO 1MDB Azmi Tahir, 48, yang bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed juga berkata perkataan 'okey' tidak pernah disebut oleh Najib. - Bernama
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.