PUTRAJAYA: Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib semalam.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam itu berkata, sehubungan itu beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.
Dalam alasan penghakiman bertulis setebal 78 muka surat, beliau berkata nampak jelas baginya bahawa telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa bahawa pemohon (Najib) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.
Beliau berkata tidak dinafikan bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan yang amat serius, tetapi adalah penting orang tertuduh diwakili secara sah bagi menjamin wujudnya keadilan terhadap proses perbicaraan atau rayuannya.
"Keadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga tentang memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani proses perbicaraan yang adil.
"Jika dia tidak boleh dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan yang dikenakan, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius," katanya dalam penghakiman minoritinya.
Hakim Abdul Rahman berkata hanya dalam kes-kes luar biasa, perbicaraan atau rayuan tertentu seharusnya diteruskan tanpa representasi undang-undang, tetapi dalam kes ini, tiada apa-apa yang luar biasa telah ditunjukkan untuk mewajarkan pendengaran rayuan utama tanpa representasi undang-undang," katanya.
Beliau turut memetik kes Sankar v The State [1994] UKPC 1, yang menunjukkan bahawa ketidakcekapan peguam tertuduh telah menghalangnya daripada memperoleh perbicaraan yang adil.
Hakim itu berkata dalam kes berkenaan, Lord Woolf dalam menyampaikan penghakiman Privy Council berkata "dalam keadaan melampau yang menyaksikan defendan dinafikan daripada perbicaraan yang adil, maka walaupun peguambelanya sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku, mahkamah rayuan mungkin perlu membatalkan sabitan itu dan akan berbuat demikian jika didapati berlaku ketidakadilan.
"Yang Mulia Hakim itu bercakap dalam konteks kuasa mahkamah rayuan dalam mendengar rayuan daripada keputusan mahkamah perbicaraan, tetapi saya tidak nampak sebab yang sah dari segi undang-undang mengapa ia tidak boleh digunakan untuk permohonan bagi semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, kerana keseluruhan tujuan di sebalik Peraturan itu adalah bagi mencegah ketidakadilan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai remedi berkesan lain," kata hakim itu.
Beliau berkata demikian sebgai merujuk kepada permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Dalam penghakiman majoriti 4-1, empat hakim yang menolak permohonan bekas perdana menteri itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Hakim Abdul Rahman seterusnya berkata panel terdahulu juga tersilap apabila menghalang Datuk Hisyam Teh Poh Teik daripada menarik diri daripada bertindak sebagai peguam bela Najib.
"Oleh itu, dari segi undang-undang pemohon tidak mempunyai representasi undang-undang apabila rayuannya didengar dan ditolak pada 23 Ogos tahun lepas. Ia juga merupakan fakta yang tidak dipertikaikan bahawa ini adalah kali pertama pemohon menukar peguam cara dan peguam bela sejak perbicaraannya bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 April 2019," kata hakim itu.
Tambahnya, rekod Najib tidak menunjukkan bahawa beliau mempunyai tabiat menukar peguam, apatah lagi menukar peguam bagi tujuan melengahkan prosiding, justeru pemohon tidak boleh dipersalahkan kerana mendengar nasihat peguamnya.
Merujuk kepada permohonan penangguhan tiga hingga empat bulan perbicaraan rayuan utama oleh pemohon, Hakim Abdul Rahman berkata sehubungan itu ia perlu diterima sebagai dibuat dengan niat suci hati, dan bukannya muslihat atau strategi beliau untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama seperti yang didakwa oleh pihak pendakwaan.
"Apa yang penting perlu diambil perhatian secara keseluruhan ialah tiada dakwaan, terbukti atau sebaliknya, bahawa penangguhan tiga hingga empat bulan adalah satu muslihat atau strategi oleh pemohon bagi menangguhkan pendengaran rayuan utama," katanya.
Semalam, Najib gagal dalam usaha terakhirnya untuk mendapatkan semakan terhadap sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, telah memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.
Dengan keputusan semalam, Najib akan terus menjalani baki hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib (gambar) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil. - Bernama
Perdana Menteri dijadual bertemu Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mesyuarat dalam talian bersama syarikat gergasi teknologi Google pada Isnin.
[TERKINI] Integriti perlu setimpal dengan pengiktirafan kerajaan
Penjawat awam yang tidak berintegriti tidak akan dilayan dengan cara yang sama oleh kerajaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi lengkap kemudahan, doktor pakar
Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong berkata, pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
[TERKINI] Operasi pencarian mangsa hilang masih diteruskan
Susulan 17 orang terperangkap akibat kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau dekat Lahad Datu malam tadi. Operasi mencari dan menyelamat bersambung semula 8.20 pagi tadi.
Untuk perincian lanjut kita bersama wakil Astro AWANI, Ridzal Abdullah.
Untuk perincian lanjut kita bersama wakil Astro AWANI, Ridzal Abdullah.
[TERKINI] Polis tahan seorang suspek berkaitan serangan asid ke atas Faisal Halim - Laporan
Susulan insiden serangan asid ke atas pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim, seorang lelaki lingkungan usia 20an telah ditahan polis.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
X perkenal 'Stories' - ciri rumusan berita oleh AI untuk pelanggan berbayar
Ia boleh diakses pada tab -Explore-, yang sedia menyenaraikan sejumlah berita yang hangat dibincangkan pada platform tersebut.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.