Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong yang kehilangan isterinya pada Rabu lepas.
Najib, yang berada kira-kira setengah jam untuk mengucapkan takziah kepada Yong, 61, yang kehilangan isterinya, Datin Amy Bok Soon Boey, turut memberi kata-kata semangat untuk beliau terus tabah meneruskan kehidupan.
"Saya pun tidak sangka perdana menteri datang ke rumah kami kerana di sebalik kesibukan jadual, beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi saya dan memberi penghormatan kepada isteri saya.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada perdana menteri kerana datang dalam tempoh yang memang kami sedang bersedih ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan Najib ke kediamannya di Wangsa Maju, di sini.
Amy, 67, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, dekat sini Rabu lalu selepas menderita sakit dalam tempoh yang lama.
Upacara pengebumian akan diadakan pada pukul 9 pagi Ahad dan perarakan pengebumian berlepas ke Pusat Memorial Nirvana di Seksyen 21 Shah Alam untuk upacara pembakaran mayat.
Dalam kunjungan singkat Najib itu, Yong yang bersara daripada Bernama pada Oktober tahun lepas, turut terharu dengan ungkapan "You have done a good job while at Bernama" yang dinyatakan perdana menteri kepadanya.
"Saya mula mengenali perdana menteri sejak 2009 iaitu ketika saya menjawat jawatan Ketua Pengarang Bernama apabila saya banyak terlibat untuk membuat liputan acara perdana menteri," katanya.
Menceritakan tentang mendiang isterinya, Yong berkata Amy adalah seorang isteri yang penyayang dan penyabar serta amat memahami kerjayanya semasa berkhidmat di Bernama.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Mokhtar Hussain dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Mikhail Raj Abdullah.
Bernama
Fri Dec 25 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Amy Bok Soon Boey, isteri bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Yong Soo Heong (kiri) hari ini. - Gambar Bernama
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Najib ziarah bekas pengurus besar Bernama yang kematian isteri Rabu lepas
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong yang kehilangan isterinya pada Rabu lepas.