KUALA TERENGGANU: Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dalam Pemilihan UMNO 2023.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) dalam pemilihan tersebut.
"Saya menawarkan diri kerana saya sayangkan UMNO.
"Tidak ternilai jasa UMNO pada negara ini dan kini parti ini memerlukan nafas baru dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO," katanya melalui kenyataan dalam Facebook beliau.
Najmil Faiz berkata, beliau memahami apa diperlukan UMNO untuk kembali bangkit kerana telah melalui sejarah zaman kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.
Ketika itu katanya, ramai pemimpin UMNO dan ahli parti berpaling tadah dan meninggalkan parti kerana tidak sanggup mengambil tanggungjawab ketika UMNO berada dalam keadaan paling lemah.
Namun begitu, beliau mengambil tanggungjawab memikul peranan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Exco Pemuda UMNO di peringkat pusat.
"Pahit jerih pengalaman menggerakkan UMNO di kala tidak mempunyai apa-apa kuasa cukup mematangkan saya dalam mengurus dan membantu UMNO di peringkat bahagian serta pusat.
"Pengalaman sebelum ini sebagai Ketua Pemuda Bahagian dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri juga banyak mengajar saya perjuangan dalam mengurus UMNO serta memahami denyut nadi orang muda dan rakyat.
"UMNO sentiasa relevan dan memerlukan keikhlasan serta pengorbanan daripada ahli yang setia untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 11 2023
NAJMIL FAIZ: Pengalaman sebagai Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri juga banyak mengajar saya perjuangan dalam mengurus parti serta memahami denyut nadi orang muda dan rakyat. - Foto Sinar Harian
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Najmil Faiz tawar diri tanding MKT, Ketua UMNO Bahagian KT
Katanya, beliau faham apa diperlukan UMNO untuk kembali bangkit kerana telah melalui sejarah zaman kekalahan parti itu PRU14.
Piagam Muafakat Nasional: Kalau retorik, kenapa pemimpin PH perlu takut?
Katanya, walaupun ada antara mereka yang menyifatkan piagam itu sebagai retorik, penyatuan ummah antara kedua-dua parti itu sebenarnya mimpi ngeri kepada kerajaan PH.
'Nik Nazmi cemburu pembangkang tiada 'bintang TV' macam KJ'
Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dikatakan tidak boleh menerima realiti sokongan yang diterima Khairy Jamaluddin daripada anak-anak muda.
Keretakan Pakatan Rakyat: 'UMNO jangan duduk goyang kaki' - Dr Najmil
Ahli dan kepimpinan tertinggi UMNO diminta tidak terlalu gembira dan menganggap isu keretakan serta krisis dalaman Pakatan Rakyat sebagai kelebihan untuk parti itu menang mudah pada PRU ke-14.