awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM

Bernama
Bernama
27/05/2024
13:15 MYT
Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah individu yang dinamakan sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei lepas adalah ramai. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah individu yang dinamakan sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei lepas adalah ramai.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.
"... baru kita kemukakan nama untuk perbincangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Pada pertemuan itu, Abang Johari serta pemimpin kanan negeri turut membincangkan keputusan dasar agar ia dapat dilaksana dengan lebih berkesan serta memastikan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
Terdahulu, Anwar merasmikan kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bertema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara iaitu Kemboja, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Kuwait serta Perancis.
HAWANA 2024 adalah perhimpunan terbesar wartawan Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nama
#calon Speaker Dewan Negara
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Mutang Tagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan