KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini dahagakan pembaharuan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan serta menangani krisis pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, harapan rakyat itu perlu direalisasikan kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, Najib berpendapat, nama kerajaan baharu tidak perlu menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri kesembilan itu.
Sebaliknya, tegas Najib, apa yang paling penting ialah kerajaan mengutamakan pencapaian dan meletakkan kepentingan rakyat lebih berbanding segala-galanya.
"Nama (kerajaan) tak penting, pada saya yang lebih diutamakan ini kerajaan baru yang akan menentukan reaksi rakyat dan penilaian rakyat (yang) akhirnya bukan kepada nama tapi kepada keberhasilan yang dilakukan kerajaan.
"Sebab itu masa saya mentadbira negara saya mengutamakan pencapaian diutamakan, yang mana kita mesti menunjukan pencapaian... inilah (yang) rakyat nak," jelas beliau lagi.
Menurut beliau, memenuhi aspirasi rakyat akan menjadi mekanisme terbaik dalam melicinkan pentadbiran kerajaan.
"Kalau stategi lama dasar lama tidak berhasil maka perlu diubah dan dicari pendekatan dan strategi baharu.
"Jika strategi lama tidak menampakan hasil, kalau diteruskan maka itu tidak boleh diharapkan peningkatan keberhasilan, ini rakyat harap berdasar komen yang saya dapat teliti di media sosial," katanya dalam sidang media di kediamannya pada Rabu.
BACA: PH saran Perdana Menteri pertimbang usaha reformasi institusi
BACA: Kabinet perlu lebih kecil, jangan libatkan 'kluster mahkamah' - Tun Mahathir
Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu melepaskan misi kemanusiaan yang membawa sumbangan untuk mangsa banjir Merbok dan Yan, Kedah.
Sumbangan berjumlah RM100,000 itu dalam 1,000 bantuan keperluan yang terdiri daripada lampin pakai buang, beras, bihun dan pelitup muka.
Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat agar memberikan ruang dan masa kepada Ismail Sabri untuk mengatur gerak kerja sebelum sebarang pendapat dibuat.
Astro Awani
Wed Aug 25 2021
Datuk Seri Najib Razak bergambar di samping lori yang membawa bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir Merbok dan Yan, Kedah di kediamannya di Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Nama kerajaan bukan utama, yang penting hasil kepada rakyat - Najib
Rakyat negara ini dahagakan pembaharuan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan serta menangani krisis pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.