awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nampak ular hubungi 999, bukan tular

Bernama
Bernama
17/11/2017
08:22 MYT
Nampak ular hubungi 999, bukan tular
Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas. - Gambar hiasan
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.
Pegawai Pertahanan APM Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata orang awam di sini juga boleh menghubungi terus talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri 085-430489 bagi membolehkan APM menangkap ular tersebut.
"APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam laman Facebook Miri Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi APM dengan segera jika mengalami kes sama," katanya dalam kenyataan ringkas, di sini hari ini.
Untuk rekod, rakaman yang tular semalam mendapat kritikan netizen apabila individu yang merakam kejadian tidak ada inisiatif untuk melaporkan kepada APM, sebaliknya mempunyai masa merakam serta berkongsi dalam media sosial.
Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#Facebook
#media sosial
#Miri
#Tular
#ular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan