awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nancy bantu bawa pulang jenazah Nurhaslinda

Bernama
Bernama
28/12/2023
07:13 MYT
Nancy bantu bawa pulang jenazah Nurhaslinda
Arwah Arwah Nurhaslinda (kiri). Abdul Hafiz (kanan) dan bapanya Abdullah Mat mengadakan sidang media secara penstriman langsung bersama Nancy, baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM31,082.25 bagi melancarkan proses membawa pulang jenazah warga Sarawak, Nurhaslinda Abdullah yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan pada 25 Dis lepas.
Pejabat Ahli Parlimen Santubong dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan kepada Wisma Putra itu adalah bagi mempercepatkan proses pembayaran kos hospital, pengurusan jenazah dan pengkebumian jenazah Nurhaslinda.
"Sekiranya kita lambat untuk bertindak maka kos untuk proses ini akan meningkat. Maka dengan itulah, Pejabat Ahli Parlimen Santubong telah mendahului pembayaran ini secepat mungkin.
"Jenazah juga akan dibawa pulang dari Seoul, Korea Selatan pada 4 Jan depan," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan keluarga Nurhaslinda, 30, memerlukan bantuan kewangan bagi proses pengebumiannya.
Nurhaslinda yang ke Korea Selatan pada September lepas untuk bekerja di sana, pernah menjalani pembedahan jantung berlubang 10 tahun lalu selain mempunyai masalah asma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Nurhaslinda Abdullah
#bawa jenazah pulang ke Malaysia
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan