awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual

Bernama
Bernama
30/04/2025
07:30 MYT
Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual
Nancy menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri hari ini meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah serta keselamatan masyarakat.

Ringkasan AI
  • Menteri Datuk Seri Nancy Shukri meminta masyarakat untuk berani menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan.
  • Kejadian melibatkan seorang pemandu e-panggilan yang meminta seorang remaja membuka tudungnya telah mencetuskan perhatian ramai, dengan bapa mangsa membuat laporan polis.
  • Nancy menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual dan menyeru pihak polis bertindak adil serta segera terhadap kes-kes seumpama ini.

Beliau berkata demikian susulan satu video tular baru-baru ini melibatkan seorang pemandu e-panggilan yang meminta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk membuka tudung dipakainya sewaktu menggunakan khidmat pemanduan itu pulang ke rumahnya.
"Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri. Anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri. Pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasakan keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nancy berkata beliau difahamkan bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan hal berkenaan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.
"Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#gangguan seksual
#video tular
#berani bersuara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami