Nancy Pelosi tiba untuk lawatan rasmi di Malaysia

Hasimi Muhamad
Ogos 2, 2022 02:36 MYT
Nancy Pelosi tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi pagi ini selepas berlepas dari Singapura. -Gambar fail/Reuters
SUBANG: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi pagi ini selepas berlepas dari Singapura.
Pesawat khas yang membawa ahli politik Demokrat itu bersama lima delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.33 pagi.

Pesawat khas yang membawa #NancyPelosi dan delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar pukul 10.33 pagi @501Awani pic.twitter.com/rCsRdAAISL

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi pagi ini selepas berlepas dari Singapura @501Awani pic.twitter.com/6Q1CyGTMTV

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lawatan Pelosi, 82, ke negara ini merupakan antara siri lawatan rasmi beliau ke Indo-Pasifik, yang mana individu nombor tiga dalam pentadbiran AS itu turut dijadual mengunjungi Korea Selatan dan Jepun.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Sepanjang lawatan di Malaysia, Pelosi antaranya dijadual mengadakan lawatan ke bangunan Parlimen hari ini.
Selepas kunjungan ke Malaysia, Pelosi dijangka mengadakan lawatan ke Taiwan pada Selasa.
Pesawat bawa Nancy Pelosi tiba di Malaysia
Pada Ahad lalu, pejabat Pelosi dalam kenyataan memaklumkan lawatan ini akan memberi tumpuan kepada keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik.
AS merupakan antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia.
Pada 2021, AS adalah destinasi perdagangan dan eksport ketiga terbesar Malaysia, serta sumber import keempat terbesar, yang mana jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 21.4 peratus kepada RM217.10 bilion berbanding 2020.
Eksport Malaysia ke AS meningkat 30.4 peratus kepada RM142.20 bilion disumbangkan terutama oleh eksport E&E dan produk getah yang lebih tinggi.
Import dari AS juga meningkat sebanyak 7.4 peratus bernilai RM74.87 bilion, disumbangkan oleh peningkatan import E&E dan produk logam.
AS adalah pelabur asing keempat terbesar di Malaysia dari segi projek pembuatan yang dilaksanakan, dengan sejumlah 840 projek pembuatan bernilai RM84.97 bilion yang mewujudkan 188,396 pekerjaan.
Pelaburan utama dari AS adalah dalam sektor E&E, jentera & peralatan dan kimia.
BERITA BERKAITAN
Pelosi dijangka lawat Taiwan selepas Malaysia - Laporan
Lawatan Pelosi: AS tidak berminat tingkat ketegangan dengan China
Lawatan Pelosi: Hubungan AS-China penting demi keamanan, keselamatan serantau - PM Singapura
Nancy Pelosi enggan ulas lawatan ke Taiwan
Padah menanti jika Pelosi lawat Taiwan, cabar dasar China - Lijian
#Nancy Pelosi #lawatan rasmi #Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia #Dewan Perwakilan Amerika Syarikat