awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah menanti jika Pelosi lawat Taiwan, cabar dasar China - Lijian

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2022
01:30 MYT
Padah menanti jika Pelosi lawat Taiwan, cabar dasar China - Lijian
Lijian (foto) beri amaran bahawa Washington akan menanggung akibatnya jika Nancy Pelosi berdegil untuk meneruskan lawatan ke Taiwan. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: China beri amaran bahawa Washington akan menanggung akibat jika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi berdegil untuk meneruskan lawatan ke Taiwan.
Rancangan lawatan itu menyusul ketika mana ketegangan semakin meningkat di antara kedua-dua negara susulan beberapa isu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, pihaknya menentang keras lawatan Pelosi ke Taiwan.
Menurut Lijian, jika AS meneruskan niat mencabar dasar China, Washington sudah pasti akan menanggung semua akibat yang timbul daripadanya.
Taiwan berada di bawah ancaman pencerobohan berterusan China di mana pulau tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
China sebelum ini pernah menyebut pulau itu mungkin dirampas secara paksa jika perlu.
Lawatan Pelosi, walaupun masih belum disahkan Ahli Demokrat Kanan, diramal mencetuskan kebimbangan dalam pentadbiran Presiden Joe Biden yang khuatir perjalanan itu mungkin melampaui batas China.
Rancangan itu menyusul ketika mana Presiden Xi Jinping, pemimpin paling berkuasa China dalam beberapa dekad, bersedia untuk mengukuhkan pemerintahannya akhir tahun ini pada mesyuarat utama parti.
Merujuk kepada lawatannya, minggu lalu, Pelosi memberitahu media bahawa amat penting AS mempamerkan sokongan kepada Taiwan.
Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa Kongres mendesak kemerdekaan untuk pulau itu.
Taiwan mendapat sokongan dwipartisan di Washington yang berpecah belah dan amaran China hanya menyemarakkan gesaan agar lawatan Pelosi diteruskan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#Nancy Pelosi
#Zhao Lijian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan