KOTA BHARU: Harga nasi bungkus di negeri ini dikatakan naik sebanyak 50 sen susulan peningkatan harga beras import termasuk beras Siam yang sedang berlaku ketika ini.
Tinjauan Sinar Harian pada Ahad mendapati rata-rata peniaga terpaksa berbuat demikian selepas tidak lagi mampu untuk menanggung kenaikan harga beras termasuklah bahan mentah.
Seorang peniaga nasi berlauk di Kampung Pek, Machang, Ilya Zakaria, 60, berkata, dia terpaksa menaikkan harga sebanyak 50 sen untuk setiap bungkus.
"Sebelum ini, saya jual nasi berlauk untuk sarapan pagi dengan harga RM3.50 sebungkus, namun sekarang RM4.
"Walaupun berat (naikkan harga) untuk berbuat demikian, namun saya tidak mempunyai pilihan kerana kenaikan harga beras amat memberikan kesan," katanya.
Menurut Ilya, beras import terpaksa digunakan bagi memastikan nasi yang dimasak berada dalam keadaan baik.
Ujarnya, kebanyakan pelanggan memahami situasi tersebut dan tidak merungut.
Sementara itu, peniaga nasi bungkus tengah hari di Selising, Pasir Puteh, Hasnah Abdul Rahman, 50, berkata, kenaikan harga sebanyak 50 sen itu sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Menurut Hasnah, selain harga beras, peningkatan kos bahan mentah lain menyebabkan peniaga sepertinya turut terkesan.
"Sebelum ini, saya jual RM5.50 sebungkus, namun terpaksa dinaikkan kepada RM6.
"Beras Siam merupakan bahan utama kerana nasi tidak mudah patah dan lembik. Lagipun pelanggan sudah selesa dengan beras Siam," katanya.
Hasnah memberitahu, ketika ini beras Siam dijual pada harga RM105 bagi 25 kilogram bergantung kepada cap.
Seorang lagi peniaga, Rohana Daud di Labok, Machang, 53, turut mengakui terkesan dengan kenaikan harga beras.
Katanya, dia bergantung sepenuhnya kepada beras import dan Siam.
"Ketika ini harga nasi berlauk di kedai saya dijual pada harga RM3 hingga RM4 bergantung kepada lauk," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
Hasnah mengakui kenaikan sebanyak 50 sen itu sudah tidak dapat dielakkan lagi ekoran harga beras Siam yang semakin meningkat. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Nasi bungkus di Kelantan naik harga
Nasi bungkus di Kelantan dikatakan naik sebanyak 50 sen susulan peningkatan harga beras import termasuk beras Siam yang sedang berlaku ketika ini.
Nasi bungkus 'selit' RM50 bukan di Melaka - Polis
Pengagihan bungkusan makanan itu juga tiada kaitan dengan aktiviti meraih undi yang dikaitkan dengan kempen Pilihan Raya Negeri Melaka.
Gegar 'payung' nasi untuk peminat di Kelantan
Gegar turut tidak ketinggalan melakukan kerja amal membelanjakan 100 bungkus nasi berlauk untuk peminatnya di Kelantan.