awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib 'Ella Sogo' terbela, lulus ujian kejurulatihan Tahap Satu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
07/11/2017
06:38 MYT
Nasib 'Ella Sogo' terbela, lulus ujian kejurulatihan Tahap Satu
Nurul ketika dihubungi oleh Astro Awani hari ini berkata dia kini telah bersedia untuk di panggil oleh ISN bagi mengikuti langkah seterusnya jika ditawarkan pada bila-bila masa. - Gambar fail
Nurul Shakina Teh Abdullah, bekas atlet OKU yang pernah terabai berjaya dalam ujian Kursus Kejurulatihan Tahap Satu yang dianjurkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan Yayasan Kebaikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) pada Ahad.
Nasib Nurul akhirnya mendapat perhatian YAKEB sebelum ini telah diberi tawaran khas oleh badan itu dengan kerjasama ISN untuk mengikuti kursus dan peperiksaan ujian tersebut.
Sebelum ini, nasib Nurul yang sinonim dengan nama jolokan 'Ella Sogo' pernah disiarkan oleh platform Astro AWANI.
Pemilihannya dinilai dari pencapaian cemerlang beliau ketika pernah mewakili negara dalam acara renang satu ketika dahulu.
Menurut Pengurus Operasi YAKEB Aminuddin Mohd Nasir, Nurul lulus dengan cemerlang kursus tersebut bersama dua lagi atlet yang senasib dengannya dan akan menjalani kursus ditahap seterusnya selepas ini.
Menurut Aminuddin, terdapat dua lagi tahap yang perlu dilalui oleh Nurul sebelum boleh bergelar jurulatih sepenuhnya.
Katanya, Nurul, 42 tahun kelihatan ceria dan sangat gembira serta bersemangat sepanjang menjalani kursus tersebut.
BACA: Dulu atlet pingat emas, Nurul kini menyanyi di tepi jalan
Sementara itu, Nurul ketika dihubungi oleh Astro Awani hari ini berkata dia kini telah bersedia untuk di panggil oleh ISN bagi mengikuti langkah seterusnya jika ditawarkan pada bila-bila masa.
"Akak rasa sangat gembiralah lepas lulus ni. Tapi mengikut ISN lepas ni akak kena harungi pulak fasa yang ke dua. Kalau terpilih insyallah akak akan pergi. Terima kasih lah Astro Awani dan YAKEB serta ISN yang banyak tolong nasib akak. Akak tahu bukan senang nak masuk kursus ni dan jadi jurulatih ni tapi akak akan cuba. Ya lah, orang dah bagi kepercayaan kat kita," katanya lagi ketika dihubungi di sini.
Menurut Nurul lagi, kursus tahap dua selepas ini akan lebih tertumpu dari segi teori dan praktikal dalam bidang yang pernah diceburinya ketika menjadi atlet Para Asia tidak lama dahulu.
Topic Berkaitan
#Aminuddin Mohd Nasir
#Institut Sukan Negara
#ISN
#Kursus Kejurulatihan Tahap Satu
#Nurul Shakina
#Para Asia
#renang
#Yakeb
#Yayasan Kebaikan Atlet Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan