Skip to main content

Malaysia

335 mangsa banjir di Tawau berlindung di satu PPS malam ini

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah melalui Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Tawau terus mempergiatkan operasi pemindahan dan pengurusan mangsa banjir susulan hujan berterusan yang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Tawau dilanda banjir._FB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Kesemua mangsa itu ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau yang dibuka sejak 11 pagi tadi. - Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Advertisement

KOTA KINABALU: Sebanyak 335 orang daripada 96 keluarga terjejas banjir di beberapa kawasan di Tawau berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau yang dibuka sejak 11 pagi tadi.

"Kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6," menurut sekretariat berkenaan menerusi kenyataan.

Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi tadi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kemudian mengarahkan semua agensi berkaitan menggerakkan segala aset serta tenaga kerja bagi mempercepat operasi menyelamat penduduk terlibat.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement