Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab serta melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan Tengku Hassanal bahawa setiap sesuatu kurniaan di muka bumi Allah ini datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung.
“Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk,” titah baginda.
BACA: Tengku Hassanal dimasyhur Tengku Mahkota, Pemangku Raja Pahang
Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini. Pada istiadat tersebut, turut diadakan pengisytiharan pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang berkuat kuasa Khamis ini, susulan pemilihan Tengku Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bermula Khamis.
“Kepada Paduka Anakanda Tengku Mahkota Pahang, anakanda kini adalah waris ganti kepada paduka ayahanda. Paduka anakanda bukan sahaja bakal mewarisi takhta kerajaan negeri Pahang, malahan paduka anakanda bakal memikul tanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan legasi Kesultanan Melayu Pahang.
“Oleh itu ambillah pengajaran daripada pepatah Melayu lama yang berbunyi umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga iaitu jika anakanda berbuat baik, paduka anakanda akan tetap dihormati, dimuliakan walau di mana-mana sekalipun berada,” titah Sultan Abdullah.
Sultan Abdullah sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada permaisuri baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar di atas pemasyhuran sebagai Tengku Ampuan Pahang.
“Semoga paduka adinda akan menggalas gelaran ini dengan segala kemuliaan. Teruslah berbakti serta menerangi dan menyinari rakyat jelata di setiap pelusuk negeri yang kita sayangi ini,” titah baginda.
Menurut baginda, istiadat yang diadakan pada hari ini bukan hanya sekadar simbolik semata-mata, namun ia juga melengkapkan kedudukan raja pemerintah yang menjadi punca segala kuasa dalam negeri dan jajahan takluknya.
Sultan Abdullah bertitah walaupun akan meninggalkan negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong, negeri dan rakyat Pahang tetap di hati baginda.
Sultan Pahang yang cukup dikenali dengan sifat mengasihi rakyat bertitah baginda tidak berkesempatan untuk menziarahi setiap pelusuk negeri ini untuk bersama-sama rakyat yang tidak putus mendoakan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada baginda.
“Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi junjungan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, kerajaan negeri, dan seluruh rakyat jelata di atas kesetiaan serta doa kepada saya selama ini.
“Walaupun selepas ini saya berada jauh dari mata, namun negeri Pahang akan tetap di hati saya, Insya-Allah, saya akan sentiasa kembali jika berkesempatan bagi membolehkan ikatan keakraban dan kasih sayang saya kepada rakyat jelata akan terus terjalin,” titah baginda.
Istiadat yang diadakan hari ini mencatatkan sejarahnya tersendiri untuk negeri Pahang apabila dua pemasyhuran diadakan serentak dalam satu majlis.
Bernama
Tue Jan 29 2019
Titah Sultan Pahang: 'Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk.' - Foto Astro AWANI
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi Turkiye: Agong seru beri bantuan kepada mangsa
Yang di-Pertuan Agong sedih dengan kejadian bencana alam yang menimpa Turkiye dan Syria.
Permaisuri Agong zahir harapan Malaysia terus aman, diberkati
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2019, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Malaysia terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan bersama kira-kira 3,000 jemaah.
#AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi 'strategist' - YDP Agong
Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.
Hari Pertabalan Agong juga cuti umum untuk pekerja swasta
Para majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada para pekerja.
Anugerah SAM 2018: Rafiq, Ridzuan dinobat atlet terbaik
Atlet boling tenpin negara, Muhammad Rafiq Ismail, dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, masing-masing diumumkan penerima Anugerah SAM 2018.
Nasihat Sultan Abdullah untuk Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dan amanah.
Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berintelektual tinggi.