KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Tan Sri Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, berkaitan hal ehwal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Kumpulan The Edge Media Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata Nazir pernah berjumpa beliau pada 2009 dan 2010 serta melahirkan kebimbangan bahawa Najib telah ditipu dalam urus niaga membabitkan dana kekayaan negara itu.
Tong juga bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa berdasarkan siasatan beliau sendiri dan pasukan pakarnya terhadap dokumen yang mereka peroleh, saksi tersebut membuat kesimpulan Jho Low serta pengurusan 1MDB telah menipu bekas Perdana Menteri itu.
"Sebenarnya, saya terlibat dalam perkara ini atas permintaan Nazir kerana kami beranggapan bahawa Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah ditipu.
"Tanggapan pertama kami ialah Najib dan Lembaga Pengarah 1MDB telah ditipu oleh Jho Low serta beberapa anggota pengurusan 1MDB yang bersekongkol dengan ahli perniagaan itu," kata saksi pendakwaan ke-43 itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Terdahulu, Tong berkata beliau tidak tahu sama ada data yang diperoleh daripada bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas pekerjanya kerana tiada sesiapa mendakwa data mereka telah dicuri.
Saksi itu turut menafikan beliau telah membayar Justo untuk mendapatkan data tersebut.
Muhammad Shafee: Adakah anda tahu Justo telah meringkuk selama 18 bulan di penjara Thailand atas pertuduhan melakukan peras ugut?
Tong: Saya tidak tahu mengenai fakta kes itu.
"Saya hanya ingat Justo kalah dalam saman yang difailkannya di Singapura terhadap Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Ho Kay Tat, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan saya sendiri untuk mendapatkan semula bayaran bagi data itu," katanya.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. - Gambar fail

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Jho Low 'jual diri' sebagai lepasan Wharton, jumpa pelbagai personaliti
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Jho Low, telah dibuang daripada Wharton School, University of Pennsylvania.

Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.

Kes 1MDB Najib: Bersahabat dengan Jho Low berkaitan urusan kerja - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun Najib mengaku di beliau mempunyai hubungan kerja yang rapat dan bersahabat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahli perniagaan Malaysia Teow akan diekstradisi ke China bulan ini - Polis Thailand
Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China sebelum akhir bulan ini, kata penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn.

Kes saman 1MDB: Firma guaman tarik diri wakili ibu Jho Low
Sebuah firma guaman hari ini menarik diri daripada mewakili ibu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam kes saman berjumlah US$3.7837 bilion yang difailkan 1Malaysia Development B

Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Najib mahu tutup 1MDB pada 2015 - Pengerusi The Edge
Najib diam ketika Tong Kooi Ong menyebut nama Jho Low dan bekas Perdana Menteri itu bangun dan membuka pintu untuk beliau.

'Saya syor Jho Low didakwa tapi Najib minta saya tinggalkan kediamannya' - Saksi
Pengerusi Kumpulan The Edge Media memberitahu Mahkamah Tinggi, Najib memintanya meninggalkan kediamannya apabila beliau mengesyorkan Jho Low didakwa.

Saya tidak pernah jumpa Jho Low, kata peguam
Lim Chin Hian memberitahu Mahkamah Tinggi beliau 100 peratus yakin tidak pernah bertemu Jho Low.

Jho Low mahu surat Putera Arab dirahsiakan - Bekas pegawai bank
Jho Low memberitahu, Najib telah mengarahkan "surat hadiah" daripada Putera Faisal Turki Al Saud tidak boleh didedahkan.