awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir dilantik ahli lembaga pengarah Khazanah

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2014
12:29 MYT
Nazir dilantik ahli lembaga pengarah Khazanah
Nazir dilantik ahli lembaga pengarah Khazanah - Gambar fail
Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nazir Razak sebagai ahli lembaga pengarahnya berkuatkuasa satu September depan.
Menurut kenyataan Khazanah , Nazir akan melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.
Jelas kenyataan itu lagi, ia sejajar dengan pelan peralihan kempimpinan CIMB seperti yang diumumkan kumpulan perbankan kedua terbesar negara itu pada Khamis
Tambah kenyataan itu, Nazir akan mengambil alih jawatan Tan Sri Md. Nor Yusof yang telah mengetuai kumpulan CIMB sebagai pengerusi sejak Julai 2006.
Selain bertugas sebagai pengerusi, Nazir juga akan mempengerusikan jawatankuasa eksekutif lembaga pengarah yang akan ditubuhkan.
Jawatankuasa itu akan memberi fokus kepada perkara-perkara strategik utama dan meningkatkan fungsi pemantauan lembaga pengarah.
Khazanah Nasional mempunyai sembilan orang ahli Lembaga Pengarah yang mewakili sektor awam dan sektor swasta.
Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak, merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah.
Lembaga Pengarah ini menjalankan tanggungjawabnya dengan dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Audit yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.
Pihak Pengurusan diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar yang bertindak sebagai Pengarah Urusan.
Topic Berkaitan
#CIMB
#Khazanah
#Nazir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan