awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir Razak tokoh terkemuka di Malaysia, ASEAN - Tok Pa

Bernama
Bernama
09/12/2016
08:45 MYT
Nazir Razak tokoh terkemuka di Malaysia, ASEAN - Tok Pa
MUSTAPA: Datuk Seri Nazir Razak sebagai salah seorang tokoh terkemuka di Malaysia dan ASEAN. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak sebagai salah seorang tokoh terkemuka di Malaysia dan ASEAN yang lantang dalam menyuarakan pandangan dan menyumbang pemikiran kepimpinan ke arah meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN.
Bercakap secara berseloroh semasa pelancaran ibu pejabat dan cawangan pertama CIMB Bank (Vietnam) Ltd di sini, hari ini, Mustapa berkata, banyak kali juga, Nazir lantang mengkritik pemimpin-pemimpian ASEAN.
"Kami menghargai antara kritikannya dan ia mendorong kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai integrasi ekonomi lebih erat," kata Mustapa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Nazir, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Duta Malaysia ke Vietnam Mohd Zamruni Khalid.
Mustapa berkata CIMB Group menjadi satu satu kuasa pemacu di rantau ASEAN dalam bidang perbankan Islam, serta menggalakkan perdagangan antara ASEAN.
"CIMB Bank bukan sahaja peneraju di Malaysia tetapi juga di ASEAN. Kami berbangga dengan apa yang dilakukan CIMB Bank di Malaysia dan di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CIMB
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Datuk Seri Nazir Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan