KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan penubuhan Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mohamed Nazri, dalam sebuah negara demokrasi, penubuhan mana-mana gabungan politik tidak seharusnya dihalang sebaliknya perlu diraikan.
"Sebagai sebuah negara demokrasi tidak seharusnya kita menyekat atau menghalang penubuhan mana-mana parti atau gabungan politik.
"Penubuhan Gerakan Tanah Air ini perlu diraikan bagi menunjukkan kematangan kita dalam politik," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas hasrat gabungan yang diumumkan penubuhannya pada Khamis itu yang mahu memberi saingan kepada UMNO, Mohamed Nazri menjelaskan beliau yakin rakyat mampu menilai mana yang terbaik.
Beliau juga yakin UMNO masih lagi sebuah parti yang dekat dihati rakyat terutamanya orang Melayu.
Mengukuhkan hujahnya, Mohamed Nazri menjelaskan, imej Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak terpalit sebarang skandal memberi keyakinan kepada orang Melayu.
"Telah terbukti bahawa hanya UMNO mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat disebalik bermacam tuduhan yang dilemparkan kepada parti terbesar orang Melayu ini.
"Saya rasa Dr Mahathir juga sedar hakikat tersebut dan mungkin beliau sebenarnya terlalu rindu kepada UMNO kerana hanya ketika bersama UMNO beliau mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.
"Buktinya ketika bersama Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir tidak dapat perform seperti mana ketika beliau bersama UMNO.
"Saya juga percaya, imej Datuk Seri Ismail Sabri yang dijadikan poster boy UMNO juga sangat diterima oleh pengundi terutama orang Melayu kerana beliau setakat ini boleh dianggap clean.
"Kalau nak bercakap pasal rasuah, saya rasa rakyat bijak untuk melihat bahawa dalam Gerakan Tanah Air itu tidak semuanya bersih seperti yang digambarkan," katanya lagi.
Mohamed Nazri menjelaskan, setakat ini hanya dua parti Melayu yang sangat dekat dihati pengundi iaitu UMNO dan Pas.
Beliau berpendapat sekiranya kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu menerusi Muafakat Nasional (MN) dapat dihidupkan kembali ia akan mengembirakan ramai pengundi Melayu.
"Saya yakin sekiranya dengan MN, ia akan mengembirakan ramai orang Melayu kerana telah terbukti hanya UMNO dan Pas benar-benar berjuang untuk agama dan bangsa," katanya.
Pada Khamis, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir mengumumkan Gerakan Tanah Air sebagai gabungan parti politik baharu berlandaskan Melayu dan Islam bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas ahli politik berusia 97 tahun itu, gabungan itu melibatkan parti Pejuang, parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman), parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.
Irwan Muhammad Zain
Thu Aug 04 2022
Mohamed Nazri yakin pengundi khususnya orang Melayu lebih percaya kepada kemampuan UMNO dan Barisan Nasional dalam mentadbir negara. - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.