awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri Aziz kecewa DBKL robohkan Puncak Purnama

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2016
09:40 MYT
Nazri Aziz kecewa DBKL robohkan Puncak Purnama
Puncak Purnama dibangunkan pada 1986 dengan pembiayaan daripada United Malayan Banking, sebuah bank ternama pada ketika itu sebelum diserahkan kepada awam untuk diselenggarakan oleh DBKL. - Gambar fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan arca awam Puncak Purnama dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang “sangat mengecewakan.”
Beliau berharap kejadian seperti itu tidak akan berulang, lapor Malaysiakini.
Mohamed Nazri juga berharap sebarang cadangan merobohkan mana-mana artifak seni atau warisan di negara ini selepas ini dapat dirujuk kepada kementeriannya terlebih dahulu.
"Apa yang lebih penting ialah pemilik tugu-tugu (atau arca) yang bertanggungjawab, dia kena maklumkan pada kita (kementerian) kalau sesuatu nak dilakukan.
"Benda itu (perobohan Puncak Purnama) pun kita tak tahu," katanya seperti dipetik oleh Malaysiakini.
Mohamed Nazri turut menyifatkan tindakan merobohkan arca karya Seniman Negara, Allahyarham Syed Ahmad Jamal itu sebagai “patah tak tumbuh, hilang tak berganti.”
Puncak Purnama dibangunkan pada 1986 dengan pembiayaan daripada United Malayan Banking, sebuah bank ternama pada ketika itu sebelum diserahkan kepada awam untuk diselenggarakan oleh DBKL.
DBKL pada 1996 mengubahsuai arca berkenaan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Syed Ahmad Jamal. Seniman itu kemudian memfailkan tuntutan saman di mahkamah dan hakim memerintahkan DBKL membayar pampasan sebanyak RM750,000 kepada beliau.
DBKL meruntuhkan arca itu pada awal Julai lepas bagi tujuan menaik taraf landskap kawasan sekitarnya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan tindakan DBKL itu. Katanya, arca itu adalah milik DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan merobohkannya.
BACA: Puncak Purnama: Tidak salah meroboh, arca milik penuh DBKL
Dalam satu laporan awal sebelum kenyataan media itu, Tengku Adnan dipetik oleh media berkata arca itu dirobohkan kerana ia “menyakitkan mata.”
Tindakan DBKL itu mendapat bantahan banyak seniman, aktivis dan pencinta seni yang bertindak berarak menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada 16 Ogos lalu.
Mengulas kenyataan Tengku Adnan itu, Mohamed Nazri dipetik oleh Malaysiakini berkata tidak timbul isu arca itu hodoh.
"Itu bukan penting. Yang penting ia diwujudkan dengan ada makna dan tujuan.
"Mungkin pada pandangan kita (arca itu) hodoh tapi itu bukan masalahnya. Kita kena jaga warisan itu.
"Itu amat dukacita. Ia (Puncak Purnama) ada makna, ada nilai seni. Jadi sangat mengecewakan (perobohan arca itu). Kita harap supaya mesti ada koordinasi selepas ini," katanya.
DBKL dilapor akan mengadakan pertemuan dengan aktivis seni susulan penyerahan memorandum kepada Suhakam itu.
Topic Berkaitan
#arca
#DBKL
#Nazri Aziz
#Puncak Purnama
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan