awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ND Lala, Rossa terima darjah kebesaran Pahang

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2018
05:57 MYT
ND Lala, Rossa terima darjah kebesaran Pahang
Datuk ND Lala dan Datuk Seri Rossa antara selebriti yang menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar Pekan di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
Dua selebriti antara yang menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar Pekan, hari ini.
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa Roslaina Handiyani yang menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Manakala, penyanyi veteran yang juga bapa kepada penyanyi serba boleh Shila Amzah, Amir Amzah Salleh atau ND Lala menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
"Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsung di Singapura pada 28 Sept lalu, saya dapat pula anugerah (gelaran Datuk Seri) ini," kata Rossa.
"Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Okt lalu dan sesungguhnya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamanya dalam bidang seni," katanya yang ditemui selepas istiadat berkenaan.
Pelantun lagu Pudar itu sebelum ini pernah menerima gelaran 'Datuk' daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas.
Topic Berkaitan
#darjah kebesaran
#Datuk
#Datuk Seri
#Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang
#ND Lala
#Pahang
#Rossa Roslaina Handiyani
#SSAP
#Sultan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan