awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa, PU Riz kekal dilepas tanpa dibebaskan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2021
10:10 MYT
Neelofa, PU Riz kekal dilepas tanpa dibebaskan
Neelofa dan Muhammad Haris serta barisan peguamnya ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Sebelum itu pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang anak guamnya telah menyelesaikan tiga bayaran kompaun yang masing-masing bernilai RM10,000.
"Jadi saya mohon supaya perintah DNAA itu ditukar kepada dilepaskan dan dibebaskan (DNA)," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memberitahu, beliau tidak ada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.
Sementara itu Neelofa yang hadir ke mahkamah hanya menggelengkan kepala ketika ditanya pemberita sama ada mahu memberikan ulasan terhadap keputusan mahkamah itu.
BACA: Langgar SOP PKPB: Neelofa, suami lepas tanpa bebas
BACA: Status kehamilan Neelofa akhirnya terjawab
Pada 1 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan mahkamah melepas tanpa membebaskan pasangan selebriti terbabit atas pertuduhan disabitkan terhadap mereka dan menetapkan 21 Disember bagi membuat keputusan membebaskan kedua-duanya.
Sebelum itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melanggar SOP PKPB pada 20 Mei lalu.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Neelofa, Haris kekal dilepas tanpa dibebaskan
Topic Berkaitan
#Neelofa
#langgar SOP
#PU Riz
#melepas tanpa membebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan