Isu pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu. Neelofa dan suaminya didakwa setelah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis berkenaan. Muhammad Haris didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.