awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Neelofa dan suami dihantar ke pejabat Peguam Negara

Bernama
Bernama
11/05/2021
12:03 MYT
Kertas siasatan Neelofa dan suami dihantar ke pejabat Peguam Negara
Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial, apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei. - Gambar fail
SEREMBAN: Polis telah menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail, berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ke Pejabat Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial, apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei dan keterangan mereka telah diambil selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai dua hari selepas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Neelofa
#PU Riz
#PKPB
#langgar SOP
#Pejabat Peguam Negara
#kedai karpet
#nilai
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan