Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah mengorak langkah penting bagi membangunkan kepakaran global yang diperlukan untuk memacu pembangunan mapan.
Perdana Menteri berkata Malaysia komited dalam menyokong pelaksanaan Agenda 2030 Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang mencerminkan sifat berbilang dimensi dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat', katanya, RMK-11 menggariskan enam teras strategik bagi memacu ekonomi, menangani cabaran dan mengambil peluang dalam landskap global yang pesat berubah dengan bersepadukan SDG dalam rangka kerja perancangan.
"Pelan ini memperkasakan komitmen kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan rakyat dan mewujudkan sebuah negara ekonomi maju, inklusif dan mapan menjelang 2020," katanya ketika melancarkan Pusat Jeffrey D. Sachs Mengenai Pembangunan Mapan di Universiti Sunway, di sini pada Jumaat.
Pusat berkenaan ditubuhkan dengan kerjasama Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan di bawah PBB menerusi sumbangan US$10 juta (RM44.21 juta) daripada Yayasan Jeffrey Cheah.
Ia akan menjadi hab serantau Asia Tenggara bagi mendalami pengetahuan teknikal dalam pembangunan mapan.
Najib berkata Malaysia menyedari kepentingan memulihara sumber asli untuk generasi akan datang dan ancaman oleh peningkatan intensiti dan kekerapan peristiwa berkait dengan cuaca yang melampau.
Bagi mencapai SDG dan objektif rancangan pembangunan lima tahun negara, Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam mengoptimumkan sumber-sumber terhad dan kewangan menerusi program kerjasama bersepadu dalam memenuhi pelbagai cabang, katanya.
"Malaysia telah berjaya mengamalkan pendekatan ini menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan akan terus bwerbuat demikian dalam perkara SDG.
"Ia melambangkan komitmen Malaysia terhadap alam sekitar yang sihat dan kelestarian jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2016
DATUK SERI NAJIB: Malaysia telah mengorak langkah penting membangunkan kepakaran global yang diperlukan untuk memacu pembangunan.- Gambar fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Kurang pasti apa bakal berlaku selepas Parlimen dibubarkan esok? Dengar AWANI Soundbyte ini!
Di sini kami kongsikan dua episod siaran podcast AWANI Soundbyte yang menyentuh mengenai jangkaan selepas pembubaran parlimen.
PAU2017: Sampai bila pun kita tak akan setuju Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel - Najib
Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ
Apa itu Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone Digital Trade Free Zone. Isabelle Leong ada faktanya.
PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Hamzah Hamid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu petang.
Kerajaan peruntukkan RM80 juta pembesaran landasan Lapangan Terbang Sandakan
Inisiatif itu akan membantu meningkatkan sektor pelancongan di Sandakan sekaligus memacu ekonomi penduduk setempat.
Kenyataan duta Korea Utara biadab - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Duta Besar Korea Utara ke Malaysia adalah sesuatu yang biadab.
PM Najib bukan pegawai awam, tidak boleh disaman salah guna jawatan awam - Hafarizam
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Dr Mahathir dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1MDB.
Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa BNM ke tahap muflis.
Mengapa pertikai cuti PM Najib? - Syed Ali
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak bercuti atas kedudukannya sebagai ketua negara yang sememangnya memerlukan masa rehat secukupnya, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
MRT: PM Najib jemput orang ramai beri maklum balas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.