awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Islam jangan jadi pengecut isu Palestin - Pas

Bernama
Bernama
15/05/2018
23:06 MYT
Negara Islam jangan jadi pengecut isu Palestin - Pas
Abdul Hadi berkata, umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitulmaqdis dan mendoakan agar rakyat Palestin tidak menyerah kalah walaupun sikap sesetengah negara Arab mengecewakan. - Gambar fail
Negara-negara Islam diharap tidak bersikap dingin dan "pengecut" dalam isu perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan pembunuhan rakyat Palestin.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bersama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan membela nasib rakyat Palestin.
"Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis (pada Isnin 14 Mei) adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin.
"... (ini berlaku) ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin," katanya dalam kenyataan media di sini.
Abdul Hadi berkata, umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitulmaqdis dan mendoakan agar rakyat Palestin tidak menyerah kalah walaupun sikap sesetengah negara Arab mengecewakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Islam
#Israel
#kedutaan
#Palestin
#PAS
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan