SERDANG: Negara memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 veterinar bagi menampung keperluan industri termasuk dalam menambah baik kaedah pembakaan haiwan, berbanding 2,300 veterinar ketika ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk (yang memiliki haiwan peliharaan/ternakan) berbanding seorang doktor haiwan kepada 14,000 penduduk ketika ini.
"Kita perlukan lebih kurang 6,000 veterinar lagi untuk membantu kita menjayakan aspirasi kemampanan dan keterjaminan makanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Veterinar Sedunia 2024 di Laman Ternakan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, kekurangan veterinar antaranya disebabkan oleh peluang pendidikan ditawarkan dalam negara yang terhad.
Selain itu, katanya, dua universiti tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak mampu untuk menampung jumlah permohonan kursus veterinar yang mencecah 3,000 permohonan saban tahun.
Menurutnya, UPM hanya mengeluarkan 140 hingga 150 graduan veterinar manakala UMK sekitar 40 veterinar setiap tahun.
"Sebab itu kita perlu dapatkan kerjasama kukuh di peringkat kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, universiti tempatan dan swasta...selain keperluan untuk beri pakej insentif atau yang mungkin setara dengan pegawai perubatan yang akan dapat tingkatkan penyertaan dalam industri ini," katanya.
Sambutan Hari Veterinar bertemakan 'veterinar ialah petugas kesihatan penting' (Veterinarians Are Essential Health Workers) anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) turut dihadiri Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid.
Pelbagai aktiviti seperti jualan produk peralatan agrikultur, makanan ternakan, pameran lembu sado dan pemeriksaan serta dandanan kucing diadakan sempena sambutan tersebut.
Info lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook DVS https://www.facebook.com/veterinarmalaysia.
- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk. - Gambar hiasan/Bernama
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing
Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung
Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.
Tiga sampel anjing di Julau positif Rabies
Kes pertama positif Rabies melibatkan anjing yang ditangkap dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No. 2 pada 31 Dis, 2017.
Program vaksinasi haiwan secara besar-besaran dilancar di Sarawak Selasa ini
Kerajaan Sarawak akan melancarkan program vaksinasi haiwan kesayangan secara besar-besaran di seluruh negeri ini pada Selasa sebagai usaha mencegah wabak rabies dari terus membiak.
Penternak lembu diajar suntik vaksin atas ternakan
Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia bagi memastikan lebih 112,000 lembu di negeri ini selamat daripada penyakit yang mudah merebak itu.