KUALA LUMPUR:Negara yang menjadi tuan rumah kepada pekerja migran perlu menimbangkan cara untuk memvaksin pekerja warga asing dalam usaha membasmi COVID-19, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Penyelaras bagi Perubatan Penting dan Teknologi Kesihatan Wilayah Pasifik Barat WHO Dr Socorro Escalante berkata semasa WHO telah menyenaraikan kumpulan yang harus diberi keutamaan untuk vaksinasi, iaitu pekerja kesihatan, warga emas dan mereka yang mempunyai gejala penyakit; pekerja migran juga harus dimasukkan ke dalam kategori berisiko tinggi, jika ada keperluan.
"Matlamat kita adalah untuk menghalang morbiditi dan mortaliti, melindungi sistem kesihatan, serta menghalang gangguan sosial dan ekonomi," katanya semasa dalam persidangan media maya hari ini.
Malaysia merekodkan ribuan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja warga, dan menurut angka yang dikeluarkan WHO serantau, Malaysia mencatatkan jumlah kedua tertinggi jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas di rantau ini, 1,371 kes di belakang Jepun.
Sejak beberapa bulan lepas majoriti jumlah kes harian dilaporkan melibatkan pekerja asing di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau pinang, dan juga penjara.
Isu itu muncul apabila syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove melaporkan lebih daripada 5,600 kes dalam kalangan pekerja kilangnya di Petaling Jaya, dekat sini sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dan lain-lain syarikat kilang sarung tangan turut melaporkan penularan jangkitan.
Jangkitan dalam kalangan pekerja warga asing turut dilaporkan di negara-negara lain, seperti Singapura, awal tahun ini.
Rata-rata jangkitan ini dikaitkan dengan tempat kediaman yang sesak disediakan, dan kekurangan langkah-langkah pembenterasan yang perlu dipatuhi.
Para pegawai di persidangan media maya itu berkata negara-negara di rantau ini dijangka menerima vaksin di bawah kemudahan COVAX dalam suku kedua tahun 2021.
Di bawah kemudahan itu, sekurang-kurangnya 20 peratus populasi negara anggota dijamin menerima vaksin COVID-19 sebaik sahaja ia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Sejak beberapa bulan lepas majoriti jumlah kes harian dilaporkan melibatkan pekerja asing di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau pinang, dan juga penjara. - Gambar fail/BERNAMA
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.