awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara-negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai Gaza, Sudan dan Ukraine - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/11/2025
13:49 MYT
Negara-negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai Gaza, Sudan dan Ukraine - PM Anwar
Negara-negara di selatan mengharapkan G20 memperjuangkan agenda yang adil dan saksama, kata Anwar. - Bernama
JOHANNESBURG: Negara-Negara Selatan Global menjangkakan G20 akan menunjukkan pendirian yang tegas untuk menamatkan kekejaman dan penjajahan berterusan di Gaza, serta konflik di Sudan dan Ukraine, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Beliau berkata jangkaan tersebut menjadi lebih menyerlah kerana Sidang Kemuncak Pemimpin G20 berlangsung di sebuah negara yang mereka sendiri telah melalui pengalaman paling tidak berperikemanusiaan akibat apartheid dan penjajahan.
Afrika Selatan merupakan negara Afrika pertama yang mempengerusikan G20.
"Kita berkumpul di sebuah negara dan benua yang telah mengalami aspek paling tidak berperikemanusiaan akibat apartheid dan penjajahan.
"Negara-negara di selatan mengharapkan G20 memperjuangkan agenda yang adil dan saksama," kata Perdana Menteri ketika menyampaikan intervensi pada Sesi 1 Sidang Kemuncak Pemimpin G20 bertajuk: Pertumbuhan Ekonomi Inklusif dan Mampan Tanpa Ada Yang Ketinggalan: Membina Ekonomi Kita; Peranan Perdagangan; Pembiayaan untuk Pembangunan; dan Beban Hutang, di sini.
"(G20 perlu) berpendirian tegas dalam usaha kita menamatkan kekejaman dan penjajahan di Gaza, menamatkan konflik sivil di Sudan dan mencapai penyelesaian damai bagi perang di Ukraine," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara Selatan Global
#Gaza
#Sudan
#Ukraine
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan