awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri di AS saman Meta, aplikasi beri kesan buruk terhadap kesihatan mental remaja

Bernama
Bernama
25/10/2023
10:30 MYT
Negeri di AS saman Meta, aplikasi beri kesan buruk terhadap kesihatan mental remaja
Meta didakwa melanggar undang-undang persekutuan dan negeri, termasuk mewujudkan model perniagaan yang memaksimumkan masa pengguna muda pada platformnya, menggunakan ciri platform yang berbahaya dan memanipulasi secara psikologi. - Gambar REUTERS
SAN FRANCISCO: Peguam California Rob Bonta pada Selasa mengetuai gabungan 33 peguam dalam memfailkan saman terhadap Meta Platforms Inc dan syarikat gabungannya, dengan dakwaan syarikat itu telah mereka bentuk dan melancarkan ciri-ciri berbahaya di Instagram dan Facebook hingga menjejaskan mental dan fizikal remaja.
Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Utara California, lapor Xinhua.
Bonta dalam satu kenyataan berkata peguam negara sedang mendapatkan bantuan injunksi dan kewangan untuk menangani salah laku Meta.
Dalam tuntutan itu, Meta didakwa telah melanggar undang-undang persekutuan dan negeri, termasuk mewujudkan model perniagaan yang tertumpu pada memaksimumkan masa pengguna muda pada platformnya, menggunakan ciri platform yang berbahaya dan memanipulasi secara psikologi.
Sebanyak 33 negeri menyertai tuntutan itu, termasuk Arizona, California, Colorado, Connecticut, Delaware, Georgia, Hawaii, Idaho dan Illinois.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#Instragram dan Facebook
#kesihatan mental remaja
#Meta Platforms
#Rob Bonta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan