Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau tidak menolak kemungkinan episod baharu hujan lebat akan berlaku pada Ahad ini di negeri Pantai Timur.
Hisham turut menasihati mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berpotensi dilanda banjir agar bersiap sedia.
Sebelum ini, Hisham dilaporkan berkata ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari dari November hingga Januari 2015 serta kawasan barat Sarawak dan Sabah dari Januari hingga Mac 2015.
Bernama
Fri Dec 26 2014
Negeri di pantai barat yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Amaran hujan tahap buruk di Johor, Pahang hingga 23 Nov
Keadaan cuaca itu dijangka melanda kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Kerajaan akan laksana pembenihan awan, bergantung cuaca semasa - Nik Nazmi
Kerajaan akan melaksanakan pembenihan awan susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini, namun operasi itu bergantung kepada keadaan cuaca, awan dan angin.
Korban banjir di Kenya meningkat kepada 174 orang
Jumlah korban akibat hujan lebat dan banjir kilat di Kenya mencecah 174 orang.
Ratusan rakyat Kenya dipindah akibat banjir
Kenya Utara paling teruk terjejas di mana puluhan ribu orang kehilangan ternakan, tanah ladang dan rumah akibat banjir.
PRK Pelangai: Cuaca esok diramal cerah pada pagi, ribut petir sebelah petang
Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, esok.
Amaran hujan berterusan di tiga negeri hingga Sabtu
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di tiga negeri mulai hari ini hingga Sabtu.
Ribut petir dijangka landa beberapa negeri malam ini - MetMalaysia
Antara negeri yang terkesan ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
MetMalaysia keluar Nasihat Lekukan Tropika
MetMalaysia memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.
Tiada jerebu sehingga Jun - MetMalaysia
Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas yang mungkin menyebabkan berlakunya jerebu tempatan.