awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK

Bernama
Bernama
10/07/2024
14:06 MYT
Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK
Aminuddin berkata industri durian dalam kalangan pengusaha IKS di negeri ini juga berpotensi berkembang maju terutamanya melibatkan daerah Jelebu, Tampin, Lenggeng dan Kuala Pilah. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif dengan memberikan penumpuan kepada sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata langkah tersebut termasuk pelaksanaan pemberian lesen pendudukan sementara (LPS) kepada petani bagi merangsang aktiviti pertanian dan meningkatkan sumbangan sektor tersebut kepada ekonomi negeri.
"Kerajaan negeri meluluskan permohonan LPS kepada mereka yang berminat mengusahakan pertanian secara tanaman kontan selain menumpukan pembangunan tanah berkeluasan sekitar bawah 2.42 hektar bagi aktiviti pertanian lain dan ternakan yang dapat memberi keuntungan kepada petani.
"Pilihan petani ini ada asasnya, mereka memikirkan penanaman yang dapat memberikan keuntungan sebab itu kerajaan negeri bersedia meluluskan LPS ini bagi memastikan industri pertanian dapat dijalankan. Terdapat juga permohonan tanaman buluh tetapi kita tiada kawasan yang luas bagi industri buluh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.
Selain itu, Aminuddin berkata industri durian dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini juga berpotensi berkembang maju terutamanya melibatkan daerah Jelebu, Tampin, Lenggeng dan Kuala Pilah.
"Kita lihat banyak tanah baharu diusahakan (tanaman durian) dan mengeluarkan hasil, musim durian ini, memang banyak lori keluar masuk di kawasan Jelebu, ia satu perkembangan yang bagus," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pertumbuhan KDNK 1.8 peratus direkodkan bagi 2023 di negeri ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, namun sedikit menguncup 4.9 peratus bagi sektor pertanian.
"Kita masih belum berpuas hati, kita optimis mampu mencapai lebih sebab itu kita usahakan bukan sahaja dalam sektor pengeluaran atau perkilangan tetapi kita mahu pastikan semua sektor menunjukkan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#sektor pertanian
#IKS
#LPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan