Skip to main content
Advertisement

Malaysia

SUK Negeri Sembilan, Penasihat Undang-Undang digantung tugas serta-merta

KUALA PILAH, 7 Ogos -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Seri Menanti Resort hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ismail turut mengesahkan semua jawatan Ahli MMKN Negeri Sembilan kekal dan sah.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara memutuskan untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali, dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga pengganti baharu dinamakan Ketua Setiausaha Negara.

“Manakala tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, seorang peguam bela dan peguam cara, sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu dinamakan Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam, manakala notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ismail turut mengesahkan semua jawatan Ahli MMKN Negeri Sembilan kekal dan sah.

“Pada masa yang sama, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement