awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan lipat ganda usaha pastikan sasaran 8 juta pengunjung tercapai

Bernama
Bernama
08/07/2024
07:30 MYT
Negeri Sembilan lipat ganda usaha pastikan sasaran 8 juta pengunjung tercapai
Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan menerima 11.49 juta pelawat domestik pada 2022 berbanding 5.49 juta pelawat pada tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan terus melipatgandakan usaha memperkasakan program pelancongan bagi menarik kedatangan orang ramai sekali gus memastikan hasrat lapan juta pengunjung pada tahun ini berjaya dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan berkata usaha itu termasuk menerusi program Hos Komuniti Tempatan iaitu kerjasama dengan komuniti bagi melatih penduduk setempat mengurus dan mempromosikan produk pelancongan persekitarannya.
Beliau berkata Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) juga giat mempromosikan pelbagai program seperti jualan dan pameran dalam dan luar negara, sesi niaga ke niaga (B2B) selain kerjasama dengan pemain industri pelancongan serta promosi dalam media sosial.
"Semua pihak termasuk rakyat perlu sama-sama membantu menarik kedatangan pelancong ke negeri ini, kerana banyak produk pelancongan yang ditawarkan. Sejajar dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026) juga, kita akan terus tingkatkan pembangunan produk pelancongan di setiap daerah.
"Selain itu, penganjuran acara pelancongan juga memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan kerana ia memberikan pengunjung alasan untuk menempah perjalanan atau melanjutkan percutian melalui acara menarik yang ditawarkan di setiap daerah," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata LPNS bersama jabatan atau agensi di negeri ini turut merancang acara di bawah Kalendar Acara Pelancongan (COE) yang bukan hanya melibatkan penyertaan tempatan malah antarabangsa seperti acara Pesta Bola Ngoca dan Trans Naning Ultra NS Challenge.
Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan menerima 11.49 juta pelawat domestik pada 2022 berbanding 5.49 juta pelawat pada tahun sebelumnya.
Kajian Tourism Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2023 pula menunjukkan 1.77 juta pelancong menginap di hotel-hotel sekitar negeri, katanya.
"Jadi kita berharap, melalui usaha yang dibuat kerajaan negeri ketika ini, kita mampu meningkatkan jumlah pelancong ke Negeri Sembilan dan sasaran kita pada tahun ini untuk menarik kedatangan lapan juta atau lebih pelancong akan tercapai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#pelancongan
#Nicole Tan
#sasaran kedatangan pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan