Negeri Sembilan rekod RM2.71 bilion pelaburan dari china, India RM22.8 juta sejak 2020

Tumpuan pembangunan industri di kawasan Negeri Sembilan timur adalah selaras dengan perancangan kerajaan negeri yang memfokuskan kepada sektor agropolis atau industri berasaskan pertanian. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan dari China dan India, masing-masing berjumlah RM2.71 bilion dan RM22.81 juta bagi tempoh 2020 hingga Jun lepas, berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Ringkasan AI
- Pelaburan China dan India ke Negeri Sembilan mencecah RM2.71 bilion dan RM22.81 juta bagi tempoh 2020 hingga Jun lalu, menurut rekod MIDA.
- Pelaburan China melibatkan 18 projek yang menawarkan 1,115 peluang pekerjaan, manakala India hanya dua projek dalam tempoh yang sama.
- Fokus pembangunan industri di Negeri Sembilan timur menitikberatkan sektor agropolis dan kilang pengeluaran baja organik di Jempol hampir siap dibina dengan nilai pelaburan hampir RM100 juta.
"Selain itu, mesyuarat turut diadakan dengan pertubuhan, perwakilan dan syarikat dari China dan India yang berpotensi melabur di negeri ini," katanya semasa sesi jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Teo (PH-Bahau) menjawab soalan P.Gunasekaren (PH-Seremban Jaya) mengenai pencapaian kerajaan negeri dalam menarik pelaburan industri dari China dan India.
Beliau berkata tumpuan pembangunan industri di kawasan Negeri Sembilan timur yang meliputi Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin adalah selaras dengan perancangan kerajaan negeri yang memfokuskan kepada sektor agropolis atau industri berasaskan pertanian.
Menurutnya walaupun kilang di sepanjang jalan utama tidak banyak dilihat, terdapat sebuah kilang pengeluaran baja organik di Jempol kini hampir siap dibina dengan nilai pelaburan hampir RM100 juta, yang terletak berhampiran ladang sawit bagi menyokong kecekapan pengeluaran.
Beliau berkata perkembangan itu membuktikan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor industri timur di negeri ini berjalan mengikut perancangan dan memanfaatkan ekonomi setempat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


