Nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dipukul ombak
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dipukul ombak di perairan berdekatan Penaga, Pulau Pinang.
Astro Awani
Mon Oct 21 2013
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dipukul ombak di perairan berdekatan Penaga, Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin itu mangsa, Mohd Akmar Mat Zin, 19, bersama rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke Jeti Kota Kuala Muda, Kedah.