Seorang nelayan orang kelainan upaya (oku) ditemui meninggal dunia di atas bot gentian kaca miliknya ketika keluar mencandat sotong.
Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, dijumpai adiknya kira-kira jam 5.10 petang Isnin sekitar jarak lima batu nautika dari Kampung Batu Buruk di sini.
Menurut rakan mangsa, Mohd Sahid Said, kira-kira pukul 6 petang Ahad, dia bersama mangsa serta seorang lagi rakan menaiki bot berasingan untuk mencandat sotong dan berlabuh tidak jauh daripada satu sama lain.
Keesokan harinya, sebelum bergerak untuk pulang, dia menghampiri bot Ahmad Saufie dan cuba mengejutkan mangsa, namun tiada balasan.
Mohd Sahid menyangkakan Ahmad Saufie sedang tidur.
"Semalam, dalam pukul 1, terjadi hujan lebat dan angin kencang. Lebih kurang pukul 4, lampu generator candat sotong mati. Kemudiannya, dalam 10 minit selepas itu, ia hidup balik.
"Dua kali terjadi begitu, sampai ke pagi. Saya pergi untuk kejutkan dia, tak bangun, saya pun tinggalkan dia. Biasanya, kejutkan tiga empat kali, dia dah bangun.
"Kali terakhir saya jumpa dia di pengkalan, jadi, saya tak tahu masa mana dia habis umur," kata Mohd Sahid.
Dia berkata, lazimnya selepas waktu Subuh, mereka akan berjumpa di pengkalan.
Namun, sehingga petang Isnin itu, mangsa masih tidak pulang.
Sementara itu, pagi semalam, adik mangsa yang turut keluar menangkap ikan sekitar jam 11 pagi mengesan bot abangnya sedang berlabuh dan menyangka abangnya masih tidur.
Bagaimanapun, sekitar jam 5 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada ahli keluarga memaklumkan Ahmad Saufie belum pulang, dia bergegas kembali ke bot milik abangnya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jul 13 2020
Sekitar jam 5 petang Isnin, selepas mendapat panggilan telefon daripada ahli keluarga memaklumkan Ahmad Saufie belum pulang, adiknya bergegas kembali ke bot milik abangnya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. - Foto Astro AWANI
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Masalah angin perkara biasa - Rashid
Masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun.
Regatta RLIR 2023 disambung semula dengan hanya satu perlumbaan hari ketiga
Bagaimanapun, 25 kapal layar tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat tiada tipuan angin minimum lima knot ke atas.
Bayi selalu kembung perut? Ini tip berkesan bagi merawat dan mencegah keadaan itu
Mari kita fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya seperti dikongsi oleh seorang doktor.
Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia
Ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah.
Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk
Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi, Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan
Tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan sebelum ketika upacara perkahwinan berlangsung.
25 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar
Penduduk cuba memadam api menggunakan baldi berisi air namun api marak begitu cepat disebabkan struktur rumah yang berasaskan kayu serta faktor angin.
Angin ribut: Lebih 30 pokok tumbang, tujuh menimpa rumah di Pantai Remis
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8 malam.
Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.
Negara Asia paling kecil... apa ada di sini?
Maldives, sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya malah ada yang melabel negara itu sebagai syurga dunia dek kerana keindahan, kecantikan alam di sana.