GEORGE TOWN: Nelayan Pulau Pinang Selatan yang masih belum membuat pendaftaran skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) digesa mendaftar segera bagi membolehkan pemprosesan pembayaran bantuan kewangan (ex-gratia) dilaksanakan kepada mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC) Datuk Seri Farizan Darus berkata nelayan dari sembilan unit nelayan di kawasan itu masih boleh membuat pendaftaran di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).
"Kami menyeru agar mereka mendaftar secepat mungkin kerana pembayaran ex-gratia sudah bermula sejak Jumaat bagi mereka yang sudah mendaftar awal-awal lagi," katanya dalam kenyataan semalam.
Jumaat lepas Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembayaran 75 peratus dari jumlah penuh ex-gratia telah bermula susulan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) PSI telah diluluskan pada 21 Julai lepas.
Kebenaran merancang untuk kerja tambakan juga diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos lepas.
Farizan yang mengetuai PIC, syarikat tujuan khas milik penuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di pertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek PSI berkata sepatutnya tidak ada lagi halangan untuk nelayan membuat pendaftaran SIMP memandangkan penambakan sudah bermula.
Katanya pada masa ini, kerajaan negeri sedang menunaikan janji kepada nelayan, dan mereka sepatutnya lebih yakin serta terdorong untuk mendaftar kerana berhak untuk menikmati manfaat SIMP.
"Seramai 358 tekong dan awak-awak yang telah membuat pendaftaran awal menerima 75 peratus ex-gratia, dengan kerajaan negeri telah mula membuat pembayaran melalui Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya sejak semalam kepada nelayan yang sudah disahkan status oleh Jabatan Perikanan negeri Pulau Pinang.
"Daripada 358 nelayan ini, pembayaran akan diproses terlebih dahulu untuk kumpulan penerima pertama seramai 185 orang yang telah selesai mengemukakan dokumen sokongan kepada PPSN," katanya.
Beliau berkata bagi kumpulan penerima yang kedua membabitkan seramai 173 orang, mereka masih perlu mengemas kini dokumen sokongan yang diperlukan di PPSN untuk pembayaran yang dijadualkan pada hujung bulan ini atau bulan Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
FARIZAN: Kami menyeru agar mereka mendaftar secepat mungkin kerana pembayaran ex-gratia sudah bermula sejak Jumaat bagi mereka yang sudah mendaftar awal-awal lagi. - Gambar fail/Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Skim SIMP: Nelayan Pulau Pinang diminta daftar sebelum 31 Mac
Nelayan Pulau Pinang Selatan yang belum membuat pendaftaran skim SIMP di bawah projek tambak laut PSI diminta berbuat demikian sebelum tarikh akhir pada 31 Mac ini.
Lebih 50 peratus nelayan selatan Pulau Pinang tandatangani SIMP - PenMutiara
Kebanyakan mereka yang menandatangani SIMP itu merupakan nelayan separuh masa dan sudah berusia.
Nelayan Pulau Pinang Selatan digesa daftar SIMP
Nelayan dari sembilan unit di Pulau Pinang Selatan masih boleh membuat pendaftaran di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan.
NGO pertahan kelulusan EIA bagi projek PSI
Dengan adanya kelulusan EIA, golongan nelayan tidak sabar melihat projek PSI dimulakan untuk menikmati lebih banyak limpahan manfaat skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP).
PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).