SABAK BERNAM: Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan dekat sini terbongkar pada Selasa.
Dalam operasi kira-kira jam 8.30 malam itu dadah seberat 40.3 kilogram (kg) yang dipercayai untuk diseludup ke Indonesia berjaya dirampas.
Pengarah Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tindakan dilakukan unit risikan dan pasukan geledah Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk yang melaksanakan operasi harian bertindak memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang berada di jeti tersebut.
Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan tiga lelaki termasuk tekong terjun ke dalam air dan dapat meloloskan diri.
"Bagaimanapun, kita berjaya menahan seorang lelaki Indonesia dalam pengaruh dadah yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah.
"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua guni berisi keseluruhan 38 bungkusan teh cina disyaki syabu yang disimpan di dalam petak simpanan ikan atas bot tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Selangor pada Khamis.
Abdul Muhaimin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan itu baharu bekerja dua minggu di bot terbabit.
Katanya, Maritim percaya kumpulan terbabit melakukan kegiatan penyeludupan dadah sebelum ini dengan menyalahgunakan bot nelayan yang dibenarkan beroperasi lebih 15 batu nautika (28 kilometer) dari pesisir pantai.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti sumber dadah itu diperoleh dan upah bagi setiap penghantaran dadah itu," ujarnya.
Tegasnya, kesemua barang rampasan termasuk bot dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut.
"Ini merupakan rampasan terbesar sejak 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 01 2024
Anggota Maritim Malaysia menemui bungkusan berisi dadah disyaki syabu susulan pemeriksaan di sebuah bot nelayan di Sekinchan, Selangor, Selasa lalu.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Nelayan sorok syabu RM1.32 juta dalam tempat simpan ikan
Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan terbongkar pada Selasa.
Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludup syabu bernilai RM670,000
Rampasan dibuat ekoran penahanan dua rakyat tempatan ketika mereka sedang memindahkan dadah 15.88 kg itu dari kereta ke sebuah bot.